José Mourinho
José Mourinho

José Mourinho

Jose Mourinho ketika membimbing Inter Milan pada 2009
* Kemunculan (Gol)José Mário dos Santos Mourinho Félix, biasa dikenali sebagai José Mourinho, GOIH (pron. IPA /ʒu'zɛ mo'ɾiɲu/) (lahir 26 Januari 1963 di Setúbal) merupakan seorang bekas pemain bola sepak dan pengurus bolasepak berbangsa Portugis; beliau juga merupakan pengurus kelab England, Manchester United.Beliau dikenali dan popular sebagai seorang pengurus yang paling berjaya di dunia. Mourinho melibatkan diri dalam bola sepak apabila bermain dalam Liga Kedua Portugis. Beliau mempelajari sains sukan di Universiti Teknikal Lisbon dan menghadiri kursus kejurulatihan di Britain. Beliau juga pernah bekerja sebagai guru fizikal dan guru akademik. Pada awal 1990an, beliau bekerja sebagai jurubahasa untuk Sir Bobby Robson ketika di Sporting CP dan Porto di Portugal, dan Barcelona di Sepanyol. Mourinho mula dikenali ketika menguruskan Benfica dan Uniao de Leiria, membawa ke kedudukan yang lebih tinggi. Beliau kembali sebagai pengurus Porto pada 2002, memenangi Primeria Liga, Taca de Portugal, dan Piala UEFA pada 2003. Mourinho juga membawa pasukan itu memenangi Supertaca Dandido de Oliviera, kejuaraan liga portugis dan Liga Juara-Juara Eropah. Mourinho berpindah untuk menjadi pengurus Chelsea dan memenangi Liga Perdana Inggeris pada tahun pertama beliau dengan 95 mata. Pada tahun kedua beliau, Chelsea kekal sebagai juara pada musim berikutnya; pada musim 2006-07, Chelsea memenangi kedua-dua Piala FA dan League Cup. Mourinho meninggalkan Chelsea pada September 2007.Pada 2008, Mourinho berpindah ke kelab Itali, Internazionale. Dalam masa tiga bulan, beliau memenangi Supercoppa Italiana dan melengkapkan musim dengan kemenangan liga. Pada 2009-10, Inter memenangi Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara Eropah, menjadikan Mourinho antara pengurus yang memenangi Juara-Juara Eropah dalam dua kelab berbeza.Beliau memenangi Anugerah Jurulatih Ballon d'Or FIFA. Beliau menjadi pengurus Real Madrid pada 2010, memenangi Copa del Rey pada musim pertama. Pada musim berikutnya, beliau memenangi La Liga dan berjaya memenangi kejuaraan liga dalam empat negara yang berbeza: Portugal, England, Itali dan Sepanyol. Beliau kembali sebagai pengurus Chelsea apabila meninggalkan Real Madrid pada Jun 2013. Pada bulan Disember 2015, José Mourinho dipecat oleh Chelsea selepas permulaan yang longlai dalam saingan liga. Pada 26 Mei 2016, beliau dilantik sebagai pengurus baharu Manchester United.Beliau dikenali sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dalam taktikal, berkarisma dan mendapat keputusan berdasarkan permainan yang cemerlang. Beliau sering dikatakan pengganti bagi pengurus Argentina, Helenio Herrera.